Selamat Datang

Followers

Friday, November 20, 2009

Kursus Nadwah Islamiah KRK Negeri Johor 2009

1 Julai 2009-Kem Tasek Utara. Empat orang pelajar KRK SMK Taman Desa Skudai iaitu :
Muhamad Haziq dan Alia Nabila dari Tingkatan 1RK1 serta Muhammad Naqib dan Farah Nadia dari Tingkatan 2RK1 telah terpilih untuk menyertai Kursus Nadwah Islamiah KRK di Pusat Kokurikulum JPNJ, Kem Tasek Utara, Johor Bahru.
Keseluruhannya, seramai 338 orang peserta KRK dari tujuh daerah berlainan di seluruh negeri Johor dihantar untuk menyertai kursus nadwah ini.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti 'Ice Breaking', 'Flying Fox', repelling, merentas halangan, berkayak dan sebagainya.
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan nilai disiplin dan jati diri para peserta. Program keagamaan seperti ceramah motivasi, Qiamullail, solat hajat, solat taubat, bertasbih dan bezikir juga telah diadakan.
Kursus tamat pada 3 Julai 2009 yang diakhiri dengan rumusan akhir oleh pihak fasilitator dan penutupan rasmi oleh Tuan Pengarah JPNJ.





peserta KRK SMKTDS





Ceramah di dewan

Kem Jati Diri Kecemerlangan Tingkatan 2

Pada 31 Oktober 2009, seramai 98 orang pelajar Islam Tingkatan 2 telah menyertai Kem Jati Diri Kecemerlangan anjuran Panitia Agama Islam dan Kaunseling. Kem ini telah dikendalikan oleh KRIM Johor yang dianggotai oleh 12 fasilitator. Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Kesemua pelajar Tingkatan 2RK telah menyertai kem tersebut.



Berbagai program menarik telah diadakan seperti Bahtera Kasih, Army Yell, Eksplorace dan lain-lain bertujuan untuk memupuk nilai-nilai positif. Sesi ceramah sangat menarik yang telah disampaikan oleh Pak Uteh dan Ustaz Wan Ali.



Kem berakhir pada 1 November.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails