Selamat Datang

Followers

Saturday, November 1, 2008

AKTIVITI KRK SMKTDS 2008

Antara aktiviti KRK 2008 yang telah dijalankan.
1. Taklimat dan Majlis Akur Janji.
Pada 12 Januari 2008 (Sabtu) telah berlangsungnya Taklimat Kelas Rancangan Khas (KRK) kepada semua ibubapa pelajar KRK dan juga Majlis Akur Pelajar.

2. Kursus Motivasi dan Kemahiran Asas.
Pelajar-pelajar KRK telah menghadiri kursus motivasi dan kemahiran asas yang telah disampaikan oleh kaunselor SMKTDS, Pn Asiah bt Ali pada 19 Januari 2008. Pelajar telah didedahkan berkaitan :
- Teknik Belajar Berkesan
- Teknik Membuat Nota
- Pengurusan Masa

Kursusmotivasi

3. Program Titian Emas (Prep)

Program ini dijalankan pada setiap hari Khamis jam 2.30 hingga 4.30 petang diawasi oleh beberapa orang guru bertugas. Pelajar belajar, membuat ulangkaji, perbincangan atau menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.


Sesi prep


4. Lawat sambil belajar ke Kuala Lumpur

Pada 25 Jun 2008 seramai 35 orang pelajar bersama empat orang guru pengiring telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur sempena Anugerah Cemerlang.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Petrosains di KLCC, Aquaria dan Putrajaya.

Bergambar kenangan di hadapan KLCC

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails