Selamat Datang

Followers

Friday, December 31, 2010

Tahniah di atas Kejayaan Di Dalam Peperiksaan PMR 2010








24 orang pelajar yang mendapat Straight A's dalam Peperiksaan PMR 2010 bergambar kenangan bersama Yang Dipertua PIBG SMKTDS, Prof Dr Maketab dan barisan guru-guru kanan.






Senarai Nama 24 orang Pelajar yang Mendapat Straight A's dalam Peperiksaan PMR 2010





8A


1. Chng Kar Heng


2. Lim Zheng Yaw


3. Tay Zhi Hao


4. Khoo Chiaw Chen


5. Wong Shi Yun


6. Amirul Ashraf Bin Abdul Razak


7. Mohamad Azizul Hakim Bin Harun


8. Muhammad Danish Fadhly Bin Yusof


9. Muhammad Irham Bin Hazlan


10. Muhammad Naqib Bin Mahizan


11. Suhail Firas Bin Rosli


12. Farah Nadia Binti Shamsuri


13. Iman Sofea Binti Mohamad Ibrahim


14. Nik Amirah Syazlin Binti Rozman


15. Nur Amalina Binti Mohamad


16. Nurul Syazwani Binti Safian


17. Mohamad Rafiq Bin Rozli


18. Mariatul Rawdhah Binti Ahmad Fua'ad


19. Mohamad Rozain Bin Abbas


20. Aiman Hanani Binti Mokhtar


21. Nor Farahin Binti Lokman





7A


22. Dehvaraj A/L Ramachandran


23. Bhavitra A/P Mohana Sundaram


24. Hema A/P Valayutham


Friday, November 20, 2009

Kursus Nadwah Islamiah KRK Negeri Johor 2009

1 Julai 2009-Kem Tasek Utara. Empat orang pelajar KRK SMK Taman Desa Skudai iaitu :
Muhamad Haziq dan Alia Nabila dari Tingkatan 1RK1 serta Muhammad Naqib dan Farah Nadia dari Tingkatan 2RK1 telah terpilih untuk menyertai Kursus Nadwah Islamiah KRK di Pusat Kokurikulum JPNJ, Kem Tasek Utara, Johor Bahru.
Keseluruhannya, seramai 338 orang peserta KRK dari tujuh daerah berlainan di seluruh negeri Johor dihantar untuk menyertai kursus nadwah ini.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti 'Ice Breaking', 'Flying Fox', repelling, merentas halangan, berkayak dan sebagainya.
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan nilai disiplin dan jati diri para peserta. Program keagamaan seperti ceramah motivasi, Qiamullail, solat hajat, solat taubat, bertasbih dan bezikir juga telah diadakan.
Kursus tamat pada 3 Julai 2009 yang diakhiri dengan rumusan akhir oleh pihak fasilitator dan penutupan rasmi oleh Tuan Pengarah JPNJ.





peserta KRK SMKTDS





Ceramah di dewan

Kem Jati Diri Kecemerlangan Tingkatan 2

Pada 31 Oktober 2009, seramai 98 orang pelajar Islam Tingkatan 2 telah menyertai Kem Jati Diri Kecemerlangan anjuran Panitia Agama Islam dan Kaunseling. Kem ini telah dikendalikan oleh KRIM Johor yang dianggotai oleh 12 fasilitator. Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Kesemua pelajar Tingkatan 2RK telah menyertai kem tersebut.



Berbagai program menarik telah diadakan seperti Bahtera Kasih, Army Yell, Eksplorace dan lain-lain bertujuan untuk memupuk nilai-nilai positif. Sesi ceramah sangat menarik yang telah disampaikan oleh Pak Uteh dan Ustaz Wan Ali.



Kem berakhir pada 1 November.

Monday, October 5, 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2008

16 Mei 2009 merupakan Hari Anugerah Cemerlang bagi pelajar SMKTDS. Ini merupakan tahun pertama bagi pelajar-pelajar KRK. Tahniah diucapkan kepada Khoo Chiaw Chen, Nur Amalina bt Mohamad dan Muhammad Naqib bin Mahizan kerana telah berjaya menjadi pelajar cemerlang bagi tahun 2008. Ketiga-tiga mereka dari Tingkatan 1RK1. Diharap mereka dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini pada tahun 2009.

Dari kiri: Naqib, Chiaw Chen dan Amalina.

Thursday, May 14, 2009

Aku Janji KRK 2009

Pada 19 Februari 2009 telah diadakan satu majlis aku janji bagi pelajar Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas sesi 2009 anjuran bersama pihak unit bimbangan dan kaunseling. Majlis ini bertujuan untuk perjumpaan bagi ibubapa pelajar KRK dengan guru-guru yang mengajar kelas KRK. Sempena majlis ini pelajar-pelajar menandatangani aku janji di hadapan ibubapa, guru-guru dan pengetua SMK Taman Desa Skudai. Tahniah kepada lebih daripada 50 orang ibubapa dapat menghadirkan diri dalam majlis ini.





Pelajar sedang melafazkan ikrar akujanji




Pelajar menandatangani sijil akujanji


Ayahanda Hj.Shaharudin memungut sijil akujanji daripada pelajar



Pelajar menikmati jamuan selepas majlis aku janji

Saturday, November 1, 2008

AKTIVITI KRK SMKTDS 2008

Antara aktiviti KRK 2008 yang telah dijalankan.

1. Taklimat dan Majlis Aku Janji.

Taklimat Kelas Rancangan Khas (KRK) telah diadakan pada 12 Januari 2008 (Sabtu) kepada semua ibubapa pelajar KRK. Sehubungan itu juga diadakan Majlis Akur Janji pelajar.


2. Kursus Motivasi dan Kemahiran Asas.

Kursus Motivasi telah dijalankan pada 19 Januari 2008 disampaikan oleh kaunselor SMKTDS, Pn Asiah bt Ali . Pelajar telah didedahkan tentang :

- Teknik Belajar Berkesan
- Teknik Membuat Nota
- Penggunaan Masa










3. Program Titian Emas (Prep)

Program ini dijalankan pada setiap hari Khamis jam 2.30 petang hingga 4.30 petang diawasi oleh beberapa orang guru yang bertugas. Pelajar-pelajar belajar, membuat ulangkaji, perbincangan atau menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.


Sesi perbincangan

4. Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur

Pada 25 Jun 2008 seramai 35 orang pelajar bersama empat orang guru pengiring telah mengikuti lawatan sambil ke Kuala Lumpur sempena Anugerah Cemerlang. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Petrosains di KLCC, Aquaria dan Putrajaya.




Bergambar kenangan di hadapan KLCC
















Semasa pertunjukan bunyi di Petrosains

AKTIVITI KRK SMKTDS 2008

Antara aktiviti KRK 2008 yang telah dijalankan.
1. Taklimat dan Majlis Akur Janji.
Pada 12 Januari 2008 (Sabtu) telah berlangsungnya Taklimat Kelas Rancangan Khas (KRK) kepada semua ibubapa pelajar KRK dan juga Majlis Akur Pelajar.

2. Kursus Motivasi dan Kemahiran Asas.
Pelajar-pelajar KRK telah menghadiri kursus motivasi dan kemahiran asas yang telah disampaikan oleh kaunselor SMKTDS, Pn Asiah bt Ali pada 19 Januari 2008. Pelajar telah didedahkan berkaitan :
- Teknik Belajar Berkesan
- Teknik Membuat Nota
- Pengurusan Masa

Kursusmotivasi

3. Program Titian Emas (Prep)

Program ini dijalankan pada setiap hari Khamis jam 2.30 hingga 4.30 petang diawasi oleh beberapa orang guru bertugas. Pelajar belajar, membuat ulangkaji, perbincangan atau menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.


Sesi prep


4. Lawat sambil belajar ke Kuala Lumpur

Pada 25 Jun 2008 seramai 35 orang pelajar bersama empat orang guru pengiring telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur sempena Anugerah Cemerlang.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Petrosains di KLCC, Aquaria dan Putrajaya.

Bergambar kenangan di hadapan KLCC

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails