Selamat Datang

Followers

Saturday, November 1, 2008

AKTIVITI KRK SMKTDS 2008

Antara aktiviti KRK 2008 yang telah dijalankan.

1. Taklimat dan Majlis Aku Janji.

Taklimat Kelas Rancangan Khas (KRK) telah diadakan pada 12 Januari 2008 (Sabtu) kepada semua ibubapa pelajar KRK. Sehubungan itu juga diadakan Majlis Akur Janji pelajar.


2. Kursus Motivasi dan Kemahiran Asas.

Kursus Motivasi telah dijalankan pada 19 Januari 2008 disampaikan oleh kaunselor SMKTDS, Pn Asiah bt Ali . Pelajar telah didedahkan tentang :

- Teknik Belajar Berkesan
- Teknik Membuat Nota
- Penggunaan Masa










3. Program Titian Emas (Prep)

Program ini dijalankan pada setiap hari Khamis jam 2.30 petang hingga 4.30 petang diawasi oleh beberapa orang guru yang bertugas. Pelajar-pelajar belajar, membuat ulangkaji, perbincangan atau menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.


Sesi perbincangan

4. Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur

Pada 25 Jun 2008 seramai 35 orang pelajar bersama empat orang guru pengiring telah mengikuti lawatan sambil ke Kuala Lumpur sempena Anugerah Cemerlang. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Petrosains di KLCC, Aquaria dan Putrajaya.




Bergambar kenangan di hadapan KLCC
















Semasa pertunjukan bunyi di Petrosains

AKTIVITI KRK SMKTDS 2008

Antara aktiviti KRK 2008 yang telah dijalankan.
1. Taklimat dan Majlis Akur Janji.
Pada 12 Januari 2008 (Sabtu) telah berlangsungnya Taklimat Kelas Rancangan Khas (KRK) kepada semua ibubapa pelajar KRK dan juga Majlis Akur Pelajar.

2. Kursus Motivasi dan Kemahiran Asas.
Pelajar-pelajar KRK telah menghadiri kursus motivasi dan kemahiran asas yang telah disampaikan oleh kaunselor SMKTDS, Pn Asiah bt Ali pada 19 Januari 2008. Pelajar telah didedahkan berkaitan :
- Teknik Belajar Berkesan
- Teknik Membuat Nota
- Pengurusan Masa

Kursusmotivasi

3. Program Titian Emas (Prep)

Program ini dijalankan pada setiap hari Khamis jam 2.30 hingga 4.30 petang diawasi oleh beberapa orang guru bertugas. Pelajar belajar, membuat ulangkaji, perbincangan atau menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.


Sesi prep


4. Lawat sambil belajar ke Kuala Lumpur

Pada 25 Jun 2008 seramai 35 orang pelajar bersama empat orang guru pengiring telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur sempena Anugerah Cemerlang.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Petrosains di KLCC, Aquaria dan Putrajaya.

Bergambar kenangan di hadapan KLCC

Thursday, October 30, 2008

KARNIVAL KRK DAERAH JOHOR BAHRU 2008





Pada 20 dan 21 Oktober 2008 telah diadakan Karnival Kelas Rancangan Khas (KRK) anjuran PPD Johor Bahru. Pertandingan - pertandingan yang diadakan seperti pidato, public speaking, scrabble, catur dan nyanyian lagu patriotik

Tarikh : 20 Oktober 2008
Tempat : SMK Bandar Baru Uda
Pertandingan : Pidato dan Public Speaking

Tarikh : 21 Oktober 2008
Tempat : SMK Dato’ Jaafar
Pertandingan : Scrabble dan Catur

Tarikh : 21 Oktober 2008
Tempat : SMK Mohd Khalid
Pertandingan : Nyanyian Lagu Patriotik


KRK SMK Taman Desa Skudai telah diwakili oleh :

Berikut adalah senarai pelajar KRK yang mewakili sekolah dan pencapaian mereka :


1 Shamitra Ann Francis – Pertandingan Public Speaking (Tempat ke-4 )
2 Muhammad Naqib bin Mahizan – Pertandingan Scrabble (Tempat ke-7 )
3 Fatin Zakiyah binti Maketab – Pertandingan Scrabble (Tempat ke-7 )
4 Muhammad Ammar Yasser bin Amram - Pertandingan Catur (Tempat ke-9 )
5 Farah Nadia binti Shamsuri - Pertandingan Catur (Tempat ke-6 )

Ini merupakan tahun pertama bagi KRK SMKTDS menyertai karnival, cuba lagi tahun hadapan.

Semoga pencapaian sekolah akan meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Thursday, October 23, 2008

SMK TAMAN DESA SKUDAI, JB
VISI
SMK TAMAN DESA SKUDAI
KE ARAH SEKOLAH CEMERLANG 2009
MISI
  • Menjadi Sekolah Bistari.
  • Meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
  • Memantapkan pengurusan yang berkualiti.
  • Menerapkan nilai murni dan disiplin yang tinggi.
  • Menyediakan prasarana yang kondusif.
  • Menjalinkan permuafakatan dengan komuniti.
  • Menanamkan "Budaya Sekolah kita Tanggungjawab kita".

Friday, October 17, 2008

VISI & MISI KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)

VISI KRK

KELAS RANCANGAN KHAS BERHASRAT MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG SEJAJAR DENGAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
KELAS RANCANGAN KHAS BERHASRAT MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERMINDA KELAS PERTAMA SERTA DAPAT MENYUMBANG KEPADA KEPENTINGAN MASYARAKAT DAN NEGARA.

MISI KRK

KELAS RANCANGAN KHAS BERUSAHA :

- MENYEDIAKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF YANG BOLEH
MERANGSANG PENCAMBAHAN PEMIKIRAN DAN TINGKAHLAKU POSITIF.


-MENGGALAKKAN PENGLIBATAN PELAJAR YANG MENYELURUH DALAM KOKURIKULUM BAGI MEMBOLEHKAN PELAJAR MENGUASAI KEMAHIRAN BIDANG-BIDANG YANG DICEBURINYA.


-MEMBENTUK PELAJAR YANG BERBUDAYA SAING DALAM MENYERLAHKAN POTENSI KUALITU DIRI DAN SEKOLAH.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails